Cuba Teka Berapa Umur Kanak-Kanak Ini (4 Gambar)


MARYLAND 11 Jan. - Sekilas pandang fizikal Brooke Greenberg seperti seorang bayi, walaupun dia kini sudah berusia 20 tahun.


Walaupun, umurnya meningkat setiap tahun, namun fizikal dan juga kognitifnya masih seperti kanak-kanak dengan anggaran usia mental antara sembilan dan 12 bulan.

Greenberg yang lahir pada 1993 juga tidak mampu bercakap dan masih mempunyai gigi susu serta bergerak menggunakan kereta sorong bayi.


Bapanya, Howard Greenberg berkata, anak perempuannya itu hanya melalui proses pembesaran pada umur setahun hingga empat tahun tetapi ketika umurnya masuk empat tahun dan lima tahun tumbesarannya berhenti.

Katanya, anak perempuannya itu telah menjalani pemeriksaan di beberapa institusi perubatan paling berprestij di Amerika Syarikat (AS), bagaimanapun tiada diagnosis rasmi yang diberikan kepada Greenberg.

Malah kumpulan doktor pakar menyatakan bahawa anak perempuan mempunyai sindrom X.

Pengarah Institut Genomic dan Multiscale Biology di Pusat Perubatan Mount Sinai, Dr. Eric Schadt berkata, anaknya tidak mempunyai sistem endokrin yang normal dan juga kromosom kasar yang tidak normal.

Dia juga makan melalui tiub terus ke dalam perutnya kerana masalah esofagus yang terlalu kecil menyebabkan makanan yang ditelannya akan tersekat di bahagian paru-paru serta mengakibatkan pneumonia.

Ibunya, Melanie Greenberg berkata, dia sudah melakukan rutin hariannya selama 16 tahun memberi perhatian kepada anak perempuan kesayangannya itu.







p/s : Kuasa Allah... 

sumber