Lelaki Aneh Makan Bedak Dan Sabun Selama 17 Tahun


Seorang lelaki yang kelihatan seperti manusia normal rupanya mempunyai satu tabiat yang luar biasa. Dia mempunyai tabiah aneh iaitu mampu memakan sabun dan bedak dan telah berlanjutan selama 17 tahun.


Lelaki Aneh Makan Bedak Dan Sabun Selama 17 Tahun| Mungkin inilah kali pertama kita mendengar seorang lelaki mempunyai satu tabiat pelik. Tabiat pelik tersebut adalah dia gemar makan bedak dan sabun selama 17 tahun. Bagaimanapun,lelaki aneh ini tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.
“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu. Jom kita tengok rupa lelaki aneh yang  makan bedak dan sabun selama 17 tahun. Murah kot bedak dan sabun dari makanan kot…
Bagi kita mungkin ia sebagai satu perkara yang sangat aneh, dan sememangnya sabun dan bedak mengandungi bahan-bahan yang kita sendiri tidak tahu kesannya jika ia dimakan. Kita sama-sama doakan agar lelaki aneh ini dapat kembali normal seperti biasa.
Sumber: Amek Kaw |