5 Gambar Anak Pasangan Sweden Dakwa Dipukul Lebih 1000 Kali Tahun Lepas, Gambar Empat Alat Memukul

Salah seorang anak kepada pasangan Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah di Sweden kerana memukul anak-anak memberitahu mahkamah semalam yang dia dipukul oleh ibunya lebih dari seribu kali tahun lepas.

Salah seorang adik-beradiknya juga memberitahu mahkamah daerah Solna di Stockholm dalam testimoni video yang ibunya memukulnya dengan rotan dan pembersih permaidani, menurut laporan Astro Awani.
The Daily Star pula menulis, yang apabila ditanya sama ada ibu bapanya akan tahu tentang percakapannya dengan pihak polis, salah seorang anak Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awaluddin memberitahu:-


Saya rasa selepas ini, ibu bapa saya takkan sukakan saya, takkan sayangkan saya.
Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul saya jika mereka tahu saya tidak berada di sekolah.
The Star melaporkan yang salah seorang anak pasangan itu memberi penerangan tentang beberapa situasi di mana dirinya dipukul, salah satunya kerana mendengar muzik dengan kuat ketika menyiapkan kerja rumah dan ketika dia sedang belajar Quran dengan ibunya.


Anak itu turut berkata yang Shalwati sering memukulnya bila dia menonton video YouTube dan tidak menyertai keluarga untuk makan malam, bila dia menjawab kata ibunya dan ibunya juga akan memijak kakinya.


Salah seorang anak pula memberitahu bapa memukulnya lebih 100 kali tahun lepas. Anak itu juga mendakwa dia pernah disuruh berdiri sepanjang hari di satu sudut rumah sebagai hukuman.
Salah satu portal berita Sweden melaporkan semalam yang seorang anak pasangan itu berkata yang dia sudah lali dipukul, dan tidak lagi merasa sakit bila dipukul ibunya.


Guru sekolah menengah, Shalwati dan Azizul, pegawai Kementerian Pelancongan yang ditugaskan di Stockholm didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan ‘pencabulan integriti’ anak-anak dan serangan.
Shalwati dan Azizul dituduh memukul anak-anak mereka yang berusia tujuh hingga 14 tahun di rumah mereka di Stockholm dari 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013. Untuk setiap pertuduhan, mereka berdepan kemungkinan dipenjarakan dari enam bulan hingga enam tahun.


Perbicaraan ditetapkan selama 10 hari sehingga 10 Mac. Empat gambar beberapa rotan dan tali pinggang yang dijadikan bukti mahkamah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Laporan Asal: amazingnara

0 Response to "5 Gambar Anak Pasangan Sweden Dakwa Dipukul Lebih 1000 Kali Tahun Lepas, Gambar Empat Alat Memukul"

Post a Comment