Aishah Akui Lebih Rasa Ibu Saudara Seperti Ibu Sebenar, Pernah Dipukul Kerana Coklat

Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang sedang dibicarakan kerana memukul anak-anak mereka, mengakui dia merasa ‘jauh’ dari ibu bapanya, dan lebih merasakan ibu saudaranya sebagai ‘ibu sebenar’.
Saya rapat dengan adik beradik perempuan ibu saya, saya rasa seolah-olah mereka ibu sebenar saya. Saya rasa tidak rapat dengan ibu kandung saya.
Sebaik mendengar pernyataan ini, ibu Aishah, Shalwati Nurshal memperbetulkan duduk manakala bapanya menundukkan wajah sambil menggosok dagu dengan ibu jari.



Ibu bapa Aishah ditahan oleh pihak berkusa Sweden 18 Disember lepas setelah anak lelaki sulung, Ammar memberitahu staf sekolahnya yang dia telah dipukul.
Ketika ditanya sama ada dia sukakan bapanya, Aishah mengatakan dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka menghabiskan masa sendiri dalam biliknya.
Dalam temubual yang dirakam terlebih dahulu ditunjukkan di mahkamah daerah Solna Selasa lepas, Aishah menceritakan semula pertengkaran dengan ibunya yang berpunca dari beberapa pakaian yang dibelikan oleh ibu saudaranya untuk Aishah.
Satu masa, ibu saudara belikan saya seluar jeans, ibu kata ia sepatutnya hanya berharga RM 50.
Sebaliknya saya dapat dua helai seluar jeans dengan harga RM 100 lebih, jadi ibu marah saya, katanya terlalu mahal.
Ditanya apakah perasannya pada masa itu, Aishah memberitahu ‘sedih dan marah’, dan seolah-olah tidak sedar, mengoyakkan tisu yang diletakkan di atas meja temubual.
Dalam temubual sebelumnya, Aishah memberitahu kesemua adik-beradiknya ingin tinggal bersama ibu saudara di Malaysia, setelah tinggal di sebuah rumah keluarga angkat di Sweden.
Aishah dan adik-adiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7 – kini berada di bawah jagaan ibu saudara dan suaminya, Shalena Hisham Makhzan dan Nik Farid Nik Abdullah, setelah tiba di Malaysia pada 1 Februari.
Sebelum ini dalam perbicaraan 24 Februari, Aishah memberitahu yang dia tidak dipukul selalu sejak beberapa tahun yang lalu.
Aishah memberitahu yang ibunya berhenti memukul anak-anak selalu setelah diberi amaran oleh seorang kaunselor sekolah Stockholm International yang kelakuan seperti itu tidak dibenarkan di Sweden. Sweden tidak membenarkan anak dipukul sejak tahun 1979 dan sesiapa yang didapati bersalah melanggar undang-undang itu boleh dipenjara sehingga enam tahun.
Kira-kira dua tahun yang lalu (2012), seorang guru memanggil ibu ke sekolah setelah Adam mengadu dipukul di rumah. Setelah bertemu guru itu, ibu nampak sedih dan tidak lagi memukul kami bila marah.
Aishah menerangkan bahawa ibunya lebih tegas dengan Adam, kerana adiknya itu mempunyai ketidakupayaan belajar.
Dalam beberapa temubual yang direkodkan dari Disember tahun lepas sehingga Januari tahun ini, Aishah dilihat mengenakan jaket musim sejuk longgar yang akan dikibasnya jika dia tidak pasti bagaimana mahu menjawab soalan yang dikemukakan.
Ditanya sama ada dia sering dipukul, Aishah memberitahu dia dipukul kurang dari 15 kali setahun, tetapi dia dipukul dengan lebih kerap empat tahun lalu sewaktu keluarganya menetap di Afrika Selatan.
Apabila polis wanita meminta dia menceritakan satu situasi di mana dia dipukul ibunya, Aishah kelihatan berat mahu memberitahu dan menjawab:-
Perlukah saya jawab? Ia agak peribadi.
Remaja itu menutup muka dengan lengan baju yang panjang dan mula menangis, menyebabkan dia ditanya kenapa dia menangis.
Saya menangis kerana ibu saya berkemungkinan dipenjara, kerana dia pukul kami walaupun memukul dilarang di sini.
Dalam satu temubual lain, Aishah mendedahkan yang dia mempunyai tabiat buruk mencuri coklat dan kek, yang menyebabkan dia dipukul ibunya.
Bila Aishah mengatakan ibunya memukulnya untuk mendisiplinkan dia dan adik-adiknya, polis wanita itu mengingatkan dia yang ibu bapa tidak dibenarkan memukul anak-anak.
Ia berlaku lebih kurang setiap bulan, apabila ibu bapa saya bawa coklat balik ke rumah. Bila mereka bawa coklat balik, saya makan coklat itu dan ibu pukul saya.
Aishah memberitahu bapanya tak pernah memukulnya. Aishah memberitahu dalam nada jujur:
Kalau seorang bapa memukul anak, bukankah anak itu akan luka hingga mati? Saya tidak mahu bapa buat begitu.
Perbicaraan bakal bersambung 28 Februari.
Laporan asal: The Star Online 24 dan 27 Februari.

0 Response to "Aishah Akui Lebih Rasa Ibu Saudara Seperti Ibu Sebenar, Pernah Dipukul Kerana Coklat"

Post a Comment