Ambil gambar mangsa kemalangan dulu sebelum tolong (3 Gambar)

Zaman sekarang, menolong orang juga perlu hati-hati. Contohnya dalam kemalangan lalu lintas.
Ramai orang enggan menolong kerana seringkali dianggap penyebab kemalangan tersebut. Sedangkan maksud hati hanya ingin menolong saja.
Namun, ada seorang lelaki di China yang mempunyai muslihat unik untuk mengatasi perkara ini.
Dipetik dari Rocketnews24, seorang lelaki di Jiangsu kelihatan mengambil gambar seorang wanita yang terduduk disebabkan kemalangan.


Tak lama selepas mengambil gambar mangsa kemalangan itu, lelaki yang dikenali bernama Guohua Zhao tersebut membantu wanita mangsa kemalangan untuk berdiri.
Wanita yang ditolongnya jatuh akibat himpit kenderaan lain yang memandu dengan kelajuan tinggi dan meninggalkan wanita itu sendirian.
Rupanya ini adalah helah lelaki tersebut agar kebaikannya tak disalah ertikan dan dimanfaatkan oleh orang yang kurang bertanggung jawab.



Dengan mengambil gambar kejadian itu, Zhao ada bukti bahawa bukan dirinya yang melanggar wanita tersebut.
Zhao mengakui bahawa tindakannya adalah untuk melindungi dirinya sendiri sebelum ia menolong orang lain.
Walaupun sedikit terasa janggal, namun ramai rakyat China yang memuji kewaspadaannya. kebelakangan ini menolong orang di jalanan malah boleh membahayakan diri sendiri.

0 Response to "Ambil gambar mangsa kemalangan dulu sebelum tolong (3 Gambar)"

Post a Comment