Anuar Zain mula kongsi gambar Erra Fazira di Instagram (4 Gambar)

Beberapa hari lepas, penyanyi tersohor negara, Anuar Zain telah berkongsi tiga keping gambar cantik Erra Fazira di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Perkongsian itu menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya di Instagram kerana ini kali pertama beliau berkongsi secara terbuka gambar Erra Fazira. Ironinya, Anuar membuat perkongsian itu pada ketika Erra Fazira sudah bercerai.


Pada admin, Anuar Zain tidak mempunyai apa-apa maksud lain berkongsi gambar-gambar tersebut cuma beliau mungkin hanya mahu memuji dan memberi semangat kepada Erra.

Sebagai seorang kawan yang dari dulu mengetahui perjalanan karier seni Erra, Anuar turut terpanggil untuk memberi penghiburan dan sokongan kepada Miss Malaysia 1992 itu.




Sumber: plbgaimacam