Apabila Murid Ke Sekolah Jam 3 Pagi Kerana Kerusi...Kenapa Ya ??

Tidak dinafikan, segelintir daripada kita amat liat untuk ke sekolah terutama di awal pagi. Jika sekolah di sesi petang, terlajak tidur mungkin berlaku. Namun tidak kepada murid-murid di sekolah Jawa Tengah ini. Mereka dikatakan telah keluar seawal 3 pagi semata-mata untuk merebut kerusi dalam kelas. Mengapa ya kerusi mahu direbut? Tidak cukupkah prasarana di sekolah tersebut? rupa-rupanya mereka sanggup datang awal untuk merebut kerusi di bahagian hadapan. Hebat!


Percaya atau tidak, ada yang unik di Sekolah Dasar di Brebes, Jawa Tengah. Murid-murid kemasukan baru berangkat dari rumah sekitar jam 3 pagi, dan mereka tiba di sekolah jam 4 pagi! Ketika azan Subuh pun belum lagi berkumandang.

Bagaimana ini boleh terjadi? Mungkin ini inilah cara yang dilakukan para pelajar baru di SD Negeri Pasar Batang 4, Brebes. Setiap tahun baru tiba, para pelajar menyambutnya dengan semangat serta rela berangkat ke sekolah sejak dinihari hanya untuk berebutkan kerusi yang dikehendaki.

Setelah memasuki ruang kelas, orang tua pelajar dan pelajar hanya meletakkan beg di sekolah dan terus meninggalkan sekolah. Meskipun sebenarnya jarak sekolah yang diduduki oleh para pelajar masih satu kampung dengan bangunan sekolah, namun mereka bimbang tidak mendapat kerusi di deretan terdepan.

Salah satu orang tua murid baru, Murni (36) warga Kelurahan Pasarbatang Brebes mengaku rela mengantarkan anaknya seawal pukul 03.00 pagi.

“Kalau terlambat, takut tidak dapat bahagian kerusi depan, kerana dengan duduk di depan, saya berharap anak saya boleh berprestasi,” ujar Murni.

Berian (9), salah satu pelajar kelas 3 SD mengaku, mesti berangkat dari rumahnya pada pukul 03.00 , dia sudah tidak mengantuk. Dan, dia rela berangkat awal pagi supaya boleh mendapatkan kerusi paling depan, agar menjadi anak pandai.

“Nggak ngantuk, supaya duduk di depan,” ujar Berian.

Sementara itu menurut idos (32) penjaga sekolah, mengaku dirinya semalaman tidak tidur. Kerana berebut kerusi terdepan memang sudah menjadi tradisi pelajar di sekitar sekolah ketika hari pertama persekolahan pada tahun baru.

“Semalam saya tidak tidur, kerana saya tahu pasti akan ada yang berebut kerusi terdepan, dan ini sudah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu,” ujar idos. Tidak hairanlah, ia pun sudah bersiap sedia membukakan pintu gerbang menjelang pukul 4 pagi.

Hebat, kan semangat murid sekolah tersebut?

Sumber : Dairi Share

0 Response to "Apabila Murid Ke Sekolah Jam 3 Pagi Kerana Kerusi...Kenapa Ya ??"

Post a Comment