Apabila Seorang Ibu Sedih Dengan Status Facebook Anaknya (Apa Kes?)

Apabila kita sudah meningkat dewasa, sedikit sebanyak kita boleh merasa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Lebih-lebih lagi jika kita bergelar seorang isteri dan ibu. Terdapat seorang wanita yang bergelar ibu telah meluahkan isi hatinya melalui status di Facebook. Luahannya seakan kecewa dengan sikap anak perempuannya yang sesuka hati meletakkan status ‘engaged’ di Facebook sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan saudara terdekat. Sebagai seorang anak, bukan sahaja kita menghormati mereka, akan tetapi kita juga perlulah menjaga aib dan maruah keluarga.
StatusFb
APABILA penulis tiba-tiba terbaca status seorang ibu yang meluahkan rasa sedih atas perlakuan anak perempuannya di laman sosial Facebook, emosi pula tiba-tiba rasanya.
Bukan sahaja anak perempuan wanita berkenaan tetapi semacam satu budaya dalam kalangan anak muda yang mendedahkan status yang bukan-bukan padahal sekolah pun tak habis lagi.
Dalam kes ini, wanita itu merungut ekoran status anak perempuannya yang diletakkan sebagai bertunang.
Status itu kini sudah tersebar di beberapa laman blog lain dan ia mengundang banyak komen berkenaan masalah yang dihadapi.
Menurut wanita itu, status anaknya yang tertulis “engaged with bla.. bla.. bla..” mengundang pertanyaan daripada saudara mara yang lain adakah benar anaknya sudah bertunang?
Kemudian, status anaknya bertukar pula menjadi “married with polan bin polan sehingga membuatkan si ibu tertanya-tanya dan merintih sendiri.
“Bila bapak budak tu meminang dia? Bila dia akad nikah? Bila pulak aku kahwinkan dia? Akukah yang tak pandai mendidik dia.. atau dia dah berasa dia BESAR sangat.. sampai tak perlu menjaga hati orang tua,” kata wanita itu.
Penulis berasa kasihan juga kepada seorang ibu seperti itu yang kecewa dengan cara anaknya itu menggunakan Facebook.
Bagaimanapun, daripada wanita itu menulis di Facebook berkenaan rungutannya kenapa tidak berhadapan terus dengan anak perempuannya dan tegur dia secara depan dengan baik.
Adakah si ibu takut untuk menegur anak perempuannya kerana terlalu sayangkan dia. Biasanya perasaan terlalu sayang kepada anak bukannya wujud bila anak sudah remaja tetapi biasanya sudah pasti ia wujud ketika anak masih bayi lagi.
Penulis rasa, wanita itu berasa bersalah mahu menegur anaknya bimbang anaknya merajuk dan kemudian anaknya lari dari rumah mengikut teman lelakinya itu.
Untuk menyelesaikan kekeliruan, eloklah wanita itu terus menegur anak perempuannya itu.
Sumber : MyNewsHub