Demam Harlem Shake Mula Serang Malaysia!

Demam Harlem Shake Mula Serang Malaysia!

Apakah Harlem Shake?



Fenomena Harlem Shake nampaknya semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia apabila terdapat puluhan video yang dibuat berdasarkan tarian yang berasal dari Harlem, New York itu.

Tarian yang diperkenalkan pada tahun 1981 itu dilihat mampu menandingi kehebatan fenomena tarian Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi dari Korea, Psy pada tahun lalu.

Tarian ini hanya memerlukan anda mengerakkan tangan, bahu dan pinggang dengan kadar yang laju dan turut boleh memasukkan tarian ‘free style’ anda sendiri.

Di bawah ini merupakan kompilasi video Harlem Shake yang dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri.
Bermacam-macam gaya yang dipaparkan.

Kelakar dan tak kering gusi melihat gelagat mereka kan..

Apa kata anda selepas menonton video ini dan adakah video-video ini memberi anda idea untuk Harlem Shake versi anda sendiri?

Oleh: JULIANA JOHAR