(Gambar) Imam Besar Masjid Negeri Terengganu nasihat Haslinda ‘Segeralah bertaubat’



Kuala Terengganu: “Dia (Haslinda) sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberinya peluang kembali ke pangkal jalan. Jadi, saya menasihatkan dia supaya segera bertaubat kerana dosanya amat besar.”


Itu kata Imam Besar Masjid Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz mengenai kejadian menimpa Haslinda yang sebelum ini menggunakan batu mani gajah sebagai tangkal untuk memikat dan mengikis wang lelaki. 

Menurutnya, Haslinda wajib kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perbuatan menggunakan tangkal adalah syirik kerana batu mani itu menjadi istimewa dengan bantuan syaitan.

“Percaya kepada kuasa yang ada pada makhluk boleh menandingi kekuasaan Allah sebenarnya perbuatan menyalahi hukum agama dan perlu pulang ke pangkal jalan,” katanya. 

Pengamal Perubatan Tradisional Azman Ahmad, 38, pula berkata, kebiasaannya pengamal ilmu hitam akan menyeru semangat yang dipuja pada jenglot atau dikenali juga anak kerak untuk menimbulkan gangguan kesihatan dan pemikiran mangsanya.

“Jenglot biasanya diamalkan pengamal perubatan dari tanah seberang dan patung itu perlu dipuja untuk menghidupkan kuasanya,” katanya.


0 Response to "(Gambar) Imam Besar Masjid Negeri Terengganu nasihat Haslinda ‘Segeralah bertaubat’"

Post a Comment