Khas Buat Gadis Yang Mabuk Nak Comel Sangat

Nak cantik punya pasal.. Nak mengadap check semak apa bahan kimia yang digunakan tu malas. Padahal boleh google jer setiap side effect bahan kimia tu.. Tapi tulah... Nak comel katakan.. Semua tu letak tepi.


Jadikan this case sebagai pengajaran..





















Muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun.

Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata :

Dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas.

“Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.“Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai di depan rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besi.


Info Asal : HMetro

0 Response to "Khas Buat Gadis Yang Mabuk Nak Comel Sangat"

Post a Comment