Lelaki Didenda RM100 Tunjuk ‘Anu’ Kepada Jiran

1x1.trans Lelaki Didenda RM100 Tunjuk Anu Kepada Jiran

Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada jirannya akhir bulan lalu, seorang pembantu kedai runcit didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Melaka semalam.
Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Rashidi Rahim, 29, selepas dia mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Rashidi didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita berusia 43 tahun.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan BR 12, Taman Bukit Rambai, Bukit Rambai di sini pada pukul 7.30 pagi, 29 Januari lalu.

Sumber: informasi

0 Response to "Lelaki Didenda RM100 Tunjuk ‘Anu’ Kepada Jiran"

Post a Comment