MAS bagi jawapan lawak isu Nasi Lemak telanjang Chef Wan


Bulan lalu, Chef Wan telah mengkritik nasi lemak kapal terbang MAS dan menggelarnya sebagai nasi lemak telanjang kerana dihidangkan tanpa lengkap dengan kacang, ikan bilis dan timun. Kritikan itu dikongsikan beliau di akaun Instagram miliknya.


Selang beberapa hari selepas itu, salah seorang kru MAS meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan kecaman Chef Wan menerusi portal Astroawani. Para penggiat laman sosial pula mempertahankan tindakan Chef kesayangan mereka dan menganggap pelanggan berhak bersuara dan mengkritik.

Kritikan yang dilemparkan Chef Wan turut mendapat perhatian pihak atasan MAS. Salah seorang daripada mereka ialah Pengurus Makanan dan Minuman Operasi Penerbangan, Chef Zahiddin Dris.

Menerusi Utusan Malaysia, Zahiddin menjelaskan bahawa nasi lemak hidangan MAS pada hari tersebut tidak lengkap kerana peket ikan bilis dan kacang yang sedia ada didapati sudah rosak dan tidak lagi sesuai untuk dihidangkan bersama nasi lemak.

“Kami mendapati salah satu peket ikan bilis dan kacang rosak sehingga terpaksa menariknya daripada hidangan untuk menjaga kualiti. Prosedur itu merupakan standard biasa MAS, bertujuan untuk menjaga kebersihan dan kualiti makanan para penumpang.”

Ditanya tentang ketiadaan timun dalam hidangan nasi lemak MAS bagi penerbangan kelas ekonomi, Zahiddin memberitahu bahawa ia hanya disediakan untuk penerbangan kelas pertama dan perniagaan kerana bersifat mudah rosak.

“Anak kapal hanya berupaya menyediakan untuk kelas pertama dan perniagaan kerana bilangan penumpang tidak ramai berbanding kelas ekonomi.”

Sumber: plbgaimacam

0 Response to "MAS bagi jawapan lawak isu Nasi Lemak telanjang Chef Wan"

Post a Comment