Perang Sindir Antara Dua Syarikat Penerbangan Malaysia? (3 Gambar)

Sebelum ini, Nando’s pernah mengeluarkan iklan yang seolah-olah memerli rangkaian restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) akibat satu insiden pergaduhan antara pekerja KFC dengan seorang pelanggan yang menyaksikan aksi hampir menumbuk muka.



Hari ini, iklan Air Asia berkenaan Nasi Lemak yang dihidangkan kepada pelanggan dalam penerbangan mereka menjadi viral kerana ia seolah-olah menyindir syarikat Malaysia Airline Systems (MAS) kerana menyebut yang nasi lemak mereka ‘lengkap’. Ini dikatakan ‘sindiran’ oleh orang ramai kerana nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan MAS telah disifatkan sebagai “telanjang” oleh Duta Makanan Pelancongan Malaysia, Datuk Chef Wan kira-kira dua minggu lepas.
Untuk retrospek, Chef Wan melalui Instagram peribadi beliau telah mengkritik MAS kerana menghidangkan nasi lemak yang tidak lengkap iaitu hanya nasi, sambal tumis dan telur rebus separuh tanpa ikan bilis, kacang goreng dan timun.


Berikut merupakan kapsyen penuh yang telah ditulis oleh beliau:
I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class.
This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan.. The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini.
Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be.
Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul?
Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?
Sehubungan itu, puhak MAS telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf dan berjanji akan memperbaiki mutu hidangan dalam penerbangan mereka kira-kira seminggu lepas sehinggalah isu ini hangat semula selepas Air Asia mengeluarkan iklan mereka dua hari lepas.
Dalam apa yang dikatakan ‘reaksi’ dari MAS, semalam melalui laman Instagram rasmi MAS telah mengeluarkan iklan yang turut berbau sindiran kepada Air Asia. Ini ialah kerana Air Asia telah menghentikan perkhidmatan penerbangan ke Maldives.




Hari ini melalui Berita Harian, Air Asia telah menafikan yang pihak mereka mempunyai niat untuk menyindir MAS tentang hidangan nasi lemaknya. Bagaimanapun, banyak pihak berpendapat seperti Nando’s, Air Asia telah mengambil kesempatan untuk mempromosikan penerbangan mereka melalui isu yang dihadapi oleh syarikat pesaing.
Ini sebenarnya perkara biasa. Since it’s nothing personal, it’s just business, kata Donald Trump.

Sumber: amazingnara

0 Response to "Perang Sindir Antara Dua Syarikat Penerbangan Malaysia? (3 Gambar)"

Post a Comment