Polis bawa lari seorang gadis sebelum rogol walaupun dalam keadaan haid

SERI KEMBANGAN – Bukan sahaja menyamar sebagai anggota polis, seorang lelaki sanggup membawa lari gadis yang ‘ditahannya’ sejauh hampir 200 kilometer sebelum merogol mangsa di sebuah hotel di Serdang Raya di sini.
Ketika kejadian, difahamkan mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di Muar, Johor dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Gambar Hiasan

Suspek dipercayai mengekori mangsa yang menunggang motosikal dan menahannya serta memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, lelaki itu kemudian mengarahkan mangsa menaiki keretanya dan memberitahu akan ke Balai Polis Muar untuk tindakan lanjut.
Suspek membohongi mangsa dengan mengatakan dia terpaksa mengejar sebuah kereta curi dan terus memasuki Lebuhraya Utara Selatan.
Abd Razak berkata, mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel di Serdang Raya dan terus dirogol meskipun mangsa memberitahu dia dalam keadaan haid.
Menurutnya, mangsa melarikan diri ketika suspek tidur dan terus membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.
Bertindak atas aduan itu, polis berjaya menahan suspek berusia 27 tahun ketika sedang tidur di hotel sama.
“Dia direman selama tujuh hari dan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

0 Response to "Polis bawa lari seorang gadis sebelum rogol walaupun dalam keadaan haid"

Post a Comment