Punca pembantu rumah kelar leher dua adik beradik hingga mati

Punca pembantu rumah kelar leher dua adik beradik hingga mati - Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh dua kanak-kanak lelaki di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.


Pembantu rumah tersebut kemudian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-kanak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.

Siasatan polis mendapati pembantu rumah berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mula bekerja dua tahun lalu menggantikan rakannya iaitu bekas pembantu rumah keluarga terbabit.

Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan hidupnya yang tidak bebas dan sentiasa berkurung di dalam rumah itu berikutan tiada pengenalan diri selain merindui dua anaknya di kampung. 

Dua kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar dengan pisau berasingan hingga mati oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat.


Sumber: plbgaimacam


0 Response to "Punca pembantu rumah kelar leher dua adik beradik hingga mati"

Post a Comment