Saya tak bodoh nak pukul wanita hamil! - Sharnaaz

KUALA LUMPUR: Aktor, Sharnaaz Ahmad akui dakwaan Lisdawati  yang menuduhnya menyerang pelakon wanita itu di lokasi adalah fitnah semata-mata kerana dia masih boleh berfikiran waras untuk bertindak di luar jangkaan.
Malah, Sharnaaz berkata ibunya juga seorang wanita dan tak mungkin dia boleh bertindak kasar terhadap wanita hamil seperti Lisdawati.


“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita
“Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah.
“Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh pelakon utama drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut  di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.
Berikutan insiden itu, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah  (IPD) Dang Wangi.
Sharnaaz yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai ketidakpuasan itu  mendakwa apa yang diceritakan oleh pasangan suami isteri tentang isu tersebut hanyalah luaran sahaja mengenainya.
“Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada.
“Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar,” jelasnya lagi.
Dalam laporan akhbar itu, Lisdawati dan suami turut mendedahkan antara pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang telah dihantar oleh Sharnaaz.-MURAI
Sumber: padawanstreet

0 Response to "Saya tak bodoh nak pukul wanita hamil! - Sharnaaz"

Post a Comment