Video Klip Katy Perry Menghina Agama Islam

Terkejut beruk Kami dibuatnya apabila melihat video klip Katy Perry yang bertajuk Dark Horse ini. Penyanyi Barat kalau seksi itu semua adalah perkara biasa. Tak ada apa yang perlu dihairankan. Namun apabila terdapat unsur menghina Islam di dalam video klip ini, memang agak marah juga diri ini dibuatnya. Terbakar jiwa dan raga.
katy perry
Pada minit ke 1.15, seorang lelaki dengan lambang Allah (seperti gambar di atas) di bahagian dadanya kelihatan musnah di dalam video klip ini. Apakah yang cuba disampaikan oleh Katy Perry? Kenapa perlu ada lambang Allah pada lelaki tersebut? Ini adalah satu bentuk penghinaan yang jelas. Seolah-olah ingin menggambarkan kehancuran Allah dan agama Islam itu sendiri.
Ribuan komen di video klip ini telah diterima oleh umat Islam seluruh dunia menyatakan kekecewaan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Katy Pery di dalam video ini. Malah kalau tak silap Kami, sudah diwujudkan “petition” untuk membuang video klip ini. Walaupun Katy Perry bertaraf “superstar” bukan Islam, perkara sebegini seharusnya tidak terjadi. Apa pula kata anda?
Laporan Asal: beautifulnara