Ziana Dulu Dan Sekarang (selepas suntik)

Tengahari tadi semasa tengok melodi,ziana mengaku membuat suntikkan pada muka.Dia juga mengatakan kenapa dia sorang jer yang nak dijadikan isu,padahal ramai lagi yang buat,dan selagi tak salah dari segi hukum dan halal..tak salah katanya..


Penyanyi Ziana Zain nampaknya buat pendedahan ‘berani mati’ dalam portal hiburan Murai.com apabila mengaku meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya.




“Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat.

“Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai,” katanya tanpa berselindung.

Sedar kecantikannya semakin dimamah usia, Ziana Zain bagaimanapun memilih sikap berhati-hati sebelum mendapatkan suntikan tersebut kerana gusar sekiranya memberi kesan sampingan bukan saja kepada raut wajahnya, malah juga kesihatan.
Ziana Zain Mengaku Suntik Kolagen, Ermmm...Boleh Ke ni Kak Ooi? 
Jelas Ziana, dia mengambil masa yang agak lama untuk yakin dengan suntikan kolagen, meskipun beberapa individu yang rapat dengannya termasuk doktor kosmetiknya dan adiknya Anuar Zain, telah lama menasihatinya untuk mendapatkan suntikan berkenaan.

“Saya sedar, pada zaman sekarang ramai wanita yang berusia 20-an pun sudah berani membuat suntikan, tetapi tidak buat saya.

“Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya.

“Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya.

“Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang,” katanya bersungguh-sungguh.

Tidak perlu terbang jauh ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan suntikan berkenaan, sebaliknya percaya dengan kebolehan doktor pakar kecantikan tempatan yang ditemui di ibu negara.

Tidak perlu juga berbelanja ratusan ribuan ringgit, terang Ziana Zaian, suntikan yang diambilnya itu dibayar pada harga sangat berpatutan, apatah lagi kesannya akan kekal untuk jangkamasa dua tahun lamanya.

“Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya katakan tepuk dada tanyalah selera. Saya tahu apa yang saya lakukan dan saya rasa suntikan kolagen ini sudah biasa diamalkan dalam kehidupan masa kini.

“Jadi saya tak rasa ianya akan menjadi perkara besar bila saya menggunakannya. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya.

“Tidak bermakna pula saya melupakan rawatan tradisioanl lain kerana bagi saya ianya tetap penting bagi penjagaan dalaman. Jika anda berusia 40-an barulah anda faham kepentingannya. Apa yang penting saya lebih berkeyakinan,” katanya.

Baik, penulis bukan nak jatuh hukum pada Ziana cuma tertanya-tanya juga, selain daripada mendapat rujukan daripada pakar kecantikan, adakah dia juga membuat rujukan dengan pakar agama?

Maklumlah, dalam apa juga yang kita buat, perkara-perkara sebegini kita tidak boleh ambil mudah.

Islam tidak melarang manusia itu atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam.

Ini dibuktikan dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.”

Malah, tidak salah di dalam Islam kita berikhtiar untuk menjaga wajah, kesihatan, penampilan diri tetapi biarlah dengan kaedah dibenarkan di dalam Islam.

Ada pendapat mengatakan yang hukum menyuntik bagi membolehkan wajah kelihatan cantik bergantung kepada isi kandungan cecair berkenaan. Kalau bahannya halal, dibolehkan, kalau bahannya haram maka tak bolehlah.

Apapun penulis tertarik dengan ketetapan ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Soalan

apakah hukum menggunakan suntikan vitamin C dan collagen untuk kecantikan?

Jawapan

Apa-apa suntikan yang bertujuan untuk kecantikan adalah dilarang oleh
syara’.

(boleh rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/1560)

Nampaknya jelas, sesuatu yang mengubah kejadian Allah, jelas diharamkan di dalam Islam.

Bagaimanapun jika ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi lebih kepada merawat wajah seperti dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut, maka ia dibenarkan.

Untuk menjadi cantik tidak salah di sisi Islam cuma apa pun yang dilakukan adalah berdasarkan kepada niat seseorang.

Contohnya seorang isteri sudah pastinya apabila dia memakai produk kecantikan, niatnya adalah untuk menambat hati suami, supaya suami tambah sayang dan juga mungkin niat untuk keyakinan diri, itu sudah jelas dibenarkan di dalam Islam.

Namun jika ia diniatkan yang sebaliknya seperti untuk menarik perhatian orang lain, berbangga diri itu telah bercanggah dengan Islam.

Apatah lagi, timbul riak dalam diri apabila terlalu dilambung-lambung dengan pujian.

Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW, bahawa orang yang riak dan sombong, mereka tidak akan masuk syurga.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. seharusnya diambil perhatian oleh semua umat Islam tidak kira wanita mahupun lelaki dalam menilai soal kecantikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat seseorang itu kepada wajah, paras rupanya dan juga harta benda tetapi yang Allah lihat ialah hati dan amalannya.

Apa gunanya wajah yang cantik tetapi hatinya penuh dengan sifat hasad dengki dan sebagainya.

Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Wallahualam. - Oleh SYAHRIL A. KADIR newshub



Read more: http://www.xlupa.com/2012/04/ziana-dulu-dan-sekarang-selepas-suntik.html#ixzz2JiH51q5r
Ziana Dulu Dan Sekarang (selepas suntik) Ziana Dulu Dan Sekarang (selepas suntik) Reviewed by Wanie Mid on 2/01/2016 Rating: 5

Internal ADS Below Tiltle (yes/no)

yes
Powered by Blogger.