BERITA TERKINI !!!! MAT BOM DITAHAN MENYAMAR SEBAGAI ORANG KAMPUNG


MAT BOM DITAHAN ANGGOTA POLIS MERUPAKAN SAKI BAKI TENTERA SULU

Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.


Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

“Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.
“Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu,” katanya.