Selepas Bercerai, Erra Kembali ‘Bersatu’ Dengan Awie ?

SETELAH bercerai, Erra Fazira dan bekas kekasihnya, Awie akan ‘bersatu’ kembali. Namun bukanlah sebagai sang kekasih, tetapi sekadar mengembalikan nostalgia dalam filem-filem yang pernah mereka lakonkan bersama Ziana Zain dalam pementasan teater Suara Kita pada Mac ini.


Menerusi Awie Entertainment Sdn Bhd, rockers ini tampil membawa semua mengingati semua zaman kegemilangan 3 personaliti hebat ini ke pentas teater untuk pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya pada Mac ini.


Gabungan ketiga-tiga Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan diiringi oleh susunan muzik daripada Edrie Hashim manakala pengarahan akan dibuat oleh Erma Fatima yang terkenal dengan cara pengarahan yang berjaya di beberapa pementasan teater terdahulu.

“Kami semua sudah melalui zaman-zaman yang lepas dimana pelbagai kisah yang berlaku dan terjadi. Ia merupakan asam garam dan kini kami tampil secara professional untuk melaksanakan idea yang cukup menarik melibat kami bertiga.

“Perkara yang negatif itu semua dilupakan dan diharapkan ramai yang menyokong pementasan ini agar menjadi antara penutup buat legasi filem-filem yang hebat dizaman itu seperti Maria-Mariana, Sembilu dan Merah,” ujar Awie selaku salah seorang produser dan tunggak utama bagi pementasan konsert Teaterikal Suara Kita itu.

Bagaikan sebuah pengakhiran dan penutup kepada legasi itu, Erra Fazira yang teruja ingin bersama-sama mementaskan Suara Kita agar dapat mengembalikan nostalgia peminat khususnya peminat filem-filem lakonan mereka bertiga.

“Jangan katakan peminat, saya sendiri pun teruja untuk kembali melakokan kan babak-babak serta adegan yang ada dalam filem yang disenaraikan. Antara adegan yang ingin saya lakonkan semula ada adegan menampar Awie,” ujarnya sambil berseloroh ketika temubual dibuat dengan mereka bertiga.

Bagi Ziana Zain, dia bagaikan tidak percaya masih dapat untuk kembali beraksi memainkan watak-watak yang meninggalkan kesan dalam dirinya dan sudahn tentunya masyarakat.

Tetapi bagaimana ia akan dibawakan semula oleh penyanyi hebat ini, dia berharap peminat akan hadir menonton sendiri teater Suara Kita ini di Istana Budaya.

“Kepada anda peminat yang rindukan dialog mahupun adegan yang ada didalam filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Merah, jangan lupa untuk hadir dan menyaksikan kami kembali membawkaan watak masing-masing ketika pementasan itu.

“Begitu juga dengan lagu-lagu yang bakal dipersembahkan juga harap dapat mengimbau semula nolstalgia anda terhadap lagu-lagu serta filem itu sendiri. Kalau sesiapa ingin saksikan Awie dan Erra berduet, ini masa anda untuk menyaksikannya buat pertama kali pasangan ini berduet untuk lagu baru di pementasan ini,” ucap Ziana kepada wartawan ketika ditemubual mengenai penglibatannya dalam teater yang diterbitkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd ini.

Menurutu Murai.com, teaterikal Suara Kita yang dipentaskan selama tujuh hari berturut-turut bermula 3 Mac akan dipecahkan kepada dua segmen iaitu konsert yang menampilkan Awie, Erra dan Ziana menyampaikan beberapa buah lagu malar segar daripada album solo mereka.

Segmen kedua iaitu teater muzikal adalah karya baharu yang diadaptasi daripada babak-babak popular filem Sembilu, Sembilu 2, Merah, Tragedi Oktober dan Maria Mariana dan diselang-seli dengan nyanyian.

Sumber: mynewshub

0 Response to "Selepas Bercerai, Erra Kembali ‘Bersatu’ Dengan Awie ?"

Post a Comment