Perempuan Pakai Baju Hitam Nampak Lebih Seksi dan Senang Dapat Jodoh?


Jika anda wanita bujang dan ingin segera bertemu jodoh, info ini mungkin boleh membantu anda.



Selalunya wanita akan memilih baju hitam untuk kelihatan kurus dan langsing. Tapi sekarang tiada masalah lagi untuk anda selalu pakai pakaian berwarna gelap ini.

Baju warna hitam buatkan wanita lebih seksi, yakin & bijak

Menurut kajian yang dibuat oleh satu portal membeli belah dalam talian, wanita yang memakai baju warna hitam akan dilihat lebih seksi, yakin dan bijak.

Kajian tersebut melibatkan seribu responden lelaki, dimana para penyelidik menunjukkan foto wanita dan mereka perlu memberikan nilai berdasarkan warna busana yang dipakai oleh wanita di dalam foto.

Hasil kajian mendapati, majoriti responden lelaki berpendapat bahawa wanita yang memakai baju warna hitam lebih menarik perhatian.

Warna biru kebijaksaan & warna merah berkeyakinan tinggi

Sementara itu, warna biru mewakili karakter kebijaksanaan, manakala baju warna merah adalah seorang yang berkeyakinan tinggi di pandangan mata lelaki.

Paling penting, wanita yang tampil dengan baju warna hitam merangkumi seorang wanita yang bijak, seksi dan yakin diri.

Responden juga mengakui, wanita lebih cantik ketika mengenakan kombinasi warna hitam dan putih.