Black: ‘RJ Penyanyi Yang Sangat Teruk’

Black - RJ 

SEJAK tahun lalu, penyanyi bersuara lantang, Black sering kelihatan bergandingan dengan seorang penyanyi rap yang baru bernama RJ untuk mendendangkan lagu kegilaan ramai, Teman Pengganti.

RJ menggantikan penyanyi rap asal lagu tersebut, Malique yang juga merupakan pencipta lagu berkenaan.

Bercerita soal penglibatannya daripada seorang pegawai perhubungan awam kepada seorang penyanyi rap, RJ akui tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penyanyi rap.
“Saya tak pernah terfikir nak jadi ‘rapper’ tetapi kaset pertama saya adalah 4U2,” katanya sambil ketawa.
RJ dan Black ditemui Sinar Harian Online pada Karnival Karangkraf, selepas menghiburkan pengunjung karnival.
Bercakap soal lagu terbaru mereka yang masih dalam perancangan, Black berkata, “mungkin saya akan rap sedikit…mungkin.”
Namun, Black menolak untuk memberi ruang kepada RJ untuk menyanyi.
“Menyanyi itu… saya tak akan bagi dia (RJ) menyanyi langsunglah sebab saya tahu dia seorang penyanyi yang sangat teruk,” katanya dengan nada bergurau.
Menjelaskan keadaan itu, Black memberitahu RJ boleh menyanyi tetapi tahap keyakinannya belum sampai ke tahap yang sepatutnya.
“Sebenarnya dia boleh menyanyi tetapi apabila di atas pentas yang besar mungkin tahap keyakinan dia itu bukan sebagai seorang penyanyi lagi. Tetapi sebagai seorang ‘rapper’ dia boleh menyanyi,” katanya.
Dalam pada itu, RJ akui dirinya masih belum yakin untuk tampil sebagai penyanyi.
“Belum ada keyakinan lagi,” katanya yang selesa bersama Black.
Berbalik kepada penglibatannya, RJ berkata, meskipun kini dia sudah menjadi salah seorang artis dalam industri namun, dia tetap tidak melupakan profesi asalnya sebagai pegawai perhubungan awam.
“Saya masih PR Black… jadi dua dalam satu. Senang jaga Black. Kawan dengan Black dan jadi keluarga Black,” katanya.
RJ pertama kali menyanyi bersama Black atas satu pentas yang sama pada 16 Jun tahun lalu di Setiawangsa.
“Dari situlah (persembahan pertama) terbitnya RJ. Black yang memberi nama ini sebenarnya. Black membuka peluang kepada saya untuk masuk dalam industri ini bagi menggantikan Malique dan alhamdulillah berjaya untuk percubaan pertama kali dalam AJL… dapat anugerah,” katanya.
Menurut Black, nama RJ diambil sempena singkatan bagi Rapper Jambang berhubung penampilan RJ yang berjambang.
“Sebenarnya dia bukan bersama dengan saya pada bulan Jun, dia sudah bersama saya sejak saya masuk dalam industri. Sejak keluar Mentor, dia jadi PR kepada saya sampai ke hari ini, dia masih PR saya,” katanya.
Seperti yang diketahui umum, Black dan RJ kini sedang mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan berdua yang juga merupakan lagu pertama buat RJ. – Sinar Harian Online
Black: ‘RJ Penyanyi Yang Sangat Teruk’ Black: ‘RJ Penyanyi Yang Sangat Teruk’ Reviewed by Wanie Mid on 2/03/2016 Rating: 5

Internal ADS Below Tiltle (yes/no)

yes
Powered by Blogger.