SERIUS: Abe Muse Suka Bergurau Dengan Celcom.. (Video)

SEORANG remaja lelaki bernama Abe Muse sememangnya terkenal di laman Facebook sebagai seorang pakar membuat gurauan di Malaysia.
Laman Facebooknya sudah mendapat Likes sebanyak kira-kira 200,000.
Kegemaran Abu Muse ialah beliau suka membuat gurauan melampau kepada beberapa jenis mangsa antaranya operator pandu lalu Mc’Donalds dan juga antara kegemarannya ialah membuat gurauan ke atas operator pusat panggilan Celcom.
Pada kali ini, Abe Muse menyamar menjadi Mr KonarLepe dan bertanyakan tentang kenapa kredit talian pra-bayarnya kerap habis tanpa mengetahui ke mana ia digunakan.
Sudahlah bercakap Inggeris dalam tatabahasa yang tidak betul, Abe Muse konon-konon mahu menyamar seperti seorang warga asing yang betul-betul menghadapi masalah dengan taliannya.
Kasihan operator itu dipermainkan oleh dia. Salah satu operasi standard operator pusat panggilan ialah, mereka perlu melayan setiap panggilan biarpun sepelik mana panggilan itu.
Mereka hanya boleh menolak untuk mengambil sesuatu panggilan jika panggilan itu mempunyai unsur membahayakan nyawa atau ugutan kepada operator sahaja.
Selagi panggilan itu tiada unsur jenayah, seseorang operator panggilan telefon itu perlu melayaninya dengan penuh kesabaran kerana kesemua panggilan akan dirakamkan.

Jom Layan video tersebut di bawah...

Sumber: mynewshub

0 Response to "SERIUS: Abe Muse Suka Bergurau Dengan Celcom.. (Video)"

Post a Comment