Gempar! Jacky Chan Mati Dalam Kemalangan Jalanraya


Gempar! Jacky Chan Mati Dalam Kemalangan Jalanraya |Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat.


Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.
Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadiankemalangan jalanraya tersebut, mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.
Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.
Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. (BERNAMA)
Melayukini.net – Gimik je. Yang ni bukan Jacky Chan pelakon terkenal, tetapi Jacky Chan dari Sabah, terkenal juga kerena merupakan Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting. Apa-apapun, daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Takziah kepada keluarga mangsa.
Sumber: Sabahkini via Mummynemo

0 Response to "Gempar! Jacky Chan Mati Dalam Kemalangan Jalanraya"

Post a Comment