Suami Toreh Kemaluan Isteri Hasutan Bisikan Jin


Suami Toreh Kemaluan Isteri Hasutan Bisikan Jin | Aku terkejut gak dengar perkara ni. Suami toreh kemaluan isteri? Katanya disebabkan dia mendapat satu bisikan dari makhluk halus supaya mencederakan isterinya. Kasihan sang isteri, sedang asyik-asyik memasak makanan tengahari untuk suami tercinta, tiba-tiba diperlakukan sebegitu. MasyaAllah. Ingatkan nak bermesra-mesra, rupa-rupanya bertoreh-toreh pulak. Aku rasa ni sebuah lagi kes penyakit psizo atau psikik atau tekanan mental. Memang ada istilah atau tanda-tanda penyakit ini terdapat dalam buku-buku perubatan dan ini juga bukan perkara pelik. Tak sangka, rakyat Malaysia secara amnya, dah banyak yang terkena penyakit mental ni ya. Dahulu kes bunuh ahli keluarga di Johor. Sekarang ni kes toreh-toreh kemaluan pulak. Nasib baik tidak mati kan. Ini merupakan satu jenayah rumah tangga tetapi akhirnya suami akan terlepas selepas disabit kesalahan kerana apa? Kerana dia gila.


MELAKA: Kononnya kerana terdengar ‘bisikan jin’ yang menyatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang anggota tentera tergamak menoreh kemaluan isterinya yang memasak hidangan tengah hari di dapur rumah mereka di Bertam Ulu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di sebuah taman perumahan di Bertam Ulu, dekat sini, lelaki berusia 40-an terbabit dipercayai memeluk isterinya yang juga seorang jururawat dari belakang sebelum mencederakan bahagian sulit wanita itu menggunakan pisau.
Lelaki terbabit dipercayai melakukan perbuatan kejam itu selepas timbul perasaan cemburu selepas dikatakan diberitahu jin dalam rumahnya bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lalu menoreh kemaluan wanita berkenaan. Lelaki terbabit yang mendakwa menerima arahan makhluk halus terbabit supaya bertindak demikian, sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya terus berada di dalam rumah berkenaan, malah memberi bantuan kepada isterinya yang mengerang kesakitan akibat cedera pada bahagian sulitnya.
Dalam keadaan kesakitan itu, wanita berkenaan menghubungi Hospital Melaka (HM) bagi mendapatkan bantuan kecemasan dan enggan dibantu suaminya kerana takut perlakuan luar batasan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa berusia 30-an yang parah dikejarkan ke HM dengan ambulans. Katanya, suami mangsa diberkas sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh mangsa.
“Suspek tidak melarikan diri, sebaliknya murung serta meracau ketika ditahan. Malah, lelaki terbabit mengakui melakukan perbuatan itu serta menunjukkan pisau yang digunakannya kepada anggota polis sebelum senjata itu dirampas untuk siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sumber: Harian Metro Online