Bapa Pukul Anak Kerana Tak Mengaku Kentut



Florida. Seorang bapa kini ditahan atas kesalahan mencederakan tiga orang anak beliau berusia diantara 6 dan 12 tahun. Austin Davis (32) kini menanti untuk dibicarakan selepas gambar lebam yang teruk pada tubuh anak beliau diserahkan kepada pihak berkuasa.
Austin dikatakan memukul tiga orang anak beliau selepas salah seorang daripada mereka kentut di dalam kereta yang dipandunya. Austin naik berang dan marah apabila ketiga-tiga anaknya tidak mahu mengaku kentut. Ketiga-tiga kanak-kanak ini kemudian dipukul dengan tali pinggang kulit pada bahagian kaki sehingga lebam teruk.
Apabila ditemuramah oleh pihak polis, ketiga-tiga anak Austin berkata bapa mereka seorang pemarah dan mereka kerap dipukul walaupun atas kesalahan yang kecil.

0 Response to "Bapa Pukul Anak Kerana Tak Mengaku Kentut"

Post a Comment